Promosi

Perhentian Kecil Services Menguruskan perjalanan anda ke Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia. 


Kami di Perhentian Kecil Services menguruskan pakej percutian Pulau Perhentian untuk anda ke Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian, Terengganu termasuk menguruskan tempat penginapan, aktiviti seperti snorkeling atau skuba, tempahan tiket bot pergi dan balik ke Pulau Perhentian Kecil, tempahan van pergi dan balik ke lapangan terbang Kota Bharu, dan lain-lain lagi. 


Apa promosi terbaru kami?  anda boleh klik di sini untuk mendapatkan maklumat tentang Pakej Murah Snorkeling Pulau Perhentian Kecil 2015  -  Pakej Bajet Ewans Place 2015, Pulau Perhentian Kecil.


Atau jika anda berminat dengan pakej fullboard Pulau Perhentian Kecil atau pakej lengkap percutian Pulau Perhentian Kecil, anda boleh klik di sini untuk mendapatkan maklumat tentang Pakej Fullboard Snorkeling 2015 - Pakej Ewans Place 2015, Pulau Perhentian Kecil.


Anda tidak perlu pening kepala untuk mencari dan menempah satu persatu perkhidmatan.  Bagi yang belum pernah menggunakan khidmat Perhentian Kecil Services, anda boleh rujuk testimoni dan "review" dari mereka yang pernah menggunakan khidmat kami di facebook & instagram kami Perhentian Kecil Services  (sila klik pada "link").


Kami menguruskan pakej percutian samada menginap di Coral Bay ataupun menginap di Long Beach, Pulau PerhentianKecil.  Kenapa Pulau Perhentian Kecil?  Sebab ia lebih meriah dan mudah. Anda boleh berjalan dari satu pantai ke pantai yang lain dan yang penting, senang untuk mencari makan. 


Bagi yang mencari pakej-pakej percutian yang berpatutan harga dan bilik penginapan yang selesa, adalah disarankan untuk memilih pakej-pakej di Coral Bay seperti pakej-pakej Shari-la Island Resort dan Ombak Resort.  Shari-La Island Resort dan juga Ombak Resort menyediakan penginapan yang selesa, bersih dengan kesemua bilik dilengkapi bilik air, mandian panas, bekalan elektrik 24 jam sehari.  Itu sebab Shari-La Island Resort dan juga Ombak Resort lebih mahal berbanding chalet atau resort penginapan yang lain.


Manakala bagi yang mahukan pakej yang betul-betul murah dan bajet tanpa mengira tahap keselesaan bilik penginapan boleh la memilih pakej-pakej di Long Beach seperti pakej-pakej Sunrise Guest House.  Sunrise Guest House Long Beach Pulau Perhentian Kecil menyediakan bilik ala dorm, sesuai bagi mereka yang betul - betul bajet dan tidak kisah tentang penginapan, Sunrise Guest House Long Beach Pulau Perhentian Kecil ini juga menyediakan penginapan yang bersih dan selesa, bilik ala dorm, bilik air di luar bilik, elektrik separuh hari. Berpatutan dengan harga yang ditawarkan.


Untuk pakej murah Long Beach Pulau Perhentian Kecil 2015 anda boleh klik disini Promosi Pakej Murah Long Beach Perhentian 2015, Pulau Perhentian Kecil,


Di Pulau Perhentian ini tidak ada bekalan elektrik dari "mainland" semua resort-resort dan chalet-chalet di Pulau Perhentian ini beroperasi menggunakan "generator" masing-masing yang mana ianya menggunakan minyak untuk beroperasi.  Almaklumlah harga minyak Malaysia pun boleh tahan juga. Jadi diharap tidak mengamalkan sikap "bayar pakej gred D tapi mengharapkan bilik penginapan gred A".


Kami di Perhentian Kecil Services mengamalkan sikap "transparent" dengan setiap pelanggan atau client kami yang mana kami akan memberitahu perincian setiap pakej dan juga menyediakan gambar-gambar sebenar bilik penginapan dan aktiviti yang anda akan dapat. Apa yang anda perlu lakukan adalah membaca dengan teliti setiap perincian yang telah diberikan kepada anda. Ini adalah untuk memudahkan urusan tempahan dan perjalanan percutian anda. 


Bagi yang datang secara berkumpulan, adalah dinasihatkan supaya melantik seorang ketua (1 orang sahaja) yang akan berurusan dengan pihak Perhentian Kecil Services  (tidak perlu untuk beberapa orang dari kumpulan untuk berurusan dengan kami kerana ini akan menyebabkan masalah dari segi tempahan)  dan sila pastikan ketua anda adalah seorang yang boleh dipercayai dari segi menguruskan kewangan dan juga berkebolehan menyampaikan maklumat dengan tepat.  Bukan apa, dikhuatiri ada sesetengah ahli kumpulan mengharapkan penginapan gred A, tapi majoriti kumpulan mahukan penginapan gred C yang sesuai dengan bajet tapi tidak mendapat maklumat atau informasi tentang pakej yang dipersetujui.  Yang mana kemudiannya akan menyebabkan berlaku pertelingkahan atau tidak persefahaman yang boleh menjejaskan percutian impian anda. 


Bagi yang sudah mempunyai tarikh percutian, disarankan untuk membuat tempahan secepat mungkin ini kerana kekosongan adalah terhad.  Jika lambat, anda harus memilih tarikh lain atau harus bercuti pada hari biasa selain dari hujung minggu. 


Kami tidak menerima tempahan tanpa bayaran deposit.  Ini adalah kerana kekosongan yang terhad. Jadi kami utamakan mereka yang benar-benar mahu membuat tempahan dan boleh mengikut syarat pembayaran yang ditetapkan oleh syarikat kami.  Kami mengamalkan prinsip "Siapa cepat, Dia dapat" sebagai langkah bersikap adil kepada semua orang. 


Untuk lebih lanjut sila hubungi kami melalui Whatsapp NAMA, TARIKH dan BERAPA ORANG ke +6019 977 8222 (Dyana Azman) atau +6016 900 1228 (Enshahdi) atau email ke hi@perhentiankecilservices.com


Anda juga boleh mengikuti kami di laman sosial Facebook, Instagram, Flickr, Carousell dan juga Twitter untuk perkembagan terkini. 



Jumpa anda di Pulau Perhentian!

No comments:

Post a Comment