Sunday 10 January 2016

Pakej Percutian ke Pulau Perhentian 2016


Pulau Perhentian 2016, Pakej Percutian Pulau Pehentian Kecil 2016, Pulau Perhentian Kecil 2017, Pakej Murah Pulau Perhentian, Pakej Bajet Pulau Perhentian Kecil, Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian Kecil 2016, Pulau Malaysia.


Di Perhentian Kecil Services, kami menawarkan pelbagai pakej-pakej percutian ke Pulau Perhentian Kecil, Pulau Perhentian termasuk pakej percutian 3 hari 2 malam Pulau Perhentian, pakej percutian 4 hari 3 malam  Pulau Perhentian atau lebih dari 5 hari bergantung kepada bajet & kehendak anda. 

Pakej kami terbahagi kepada 2 jenis iaitu pakej snorkeling dan pakej tanpa snorkeling atau lebih dikenali dengan pakej "free & easy".  Setiap pakej terbahagi kepada 2 jenis lagi. 

Untuk pakej snorkeling ia terbahagi kepada pakej bajet snorkeling dan pakej "fullboard" snorkeling.  Dan pakej "free & easy" juga terbahagi kepada pakej bajet "free & easy" dan pakej "fullboard free & easy". 

Agak keliru?  Apa beza?  Perbezaan bagi setiap pakej adalah item-item yang termasuk didalam setiap pakej. 

Untuk pakej snorkeling, ia termasuk 1x snorkeling disekitar Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar selama 1 hari bermula jam 10.30pagi sehingga jam 5petang.  Manakala pakej "free & easy" tidak termasuk apa-apa aktiviti jadi anda bebas untuk melakukan aktiviti yang anda mahu lakukan seperti membaca novel di tepi pantai, mendaki ke Kincir Angin, berjalan merentas hutan belukar ke Kampung Nelayan, berkayak dari satu pantai ke pantai yang lain sekitar Pulau Perhentian Kecil atau Pulau Perhentian Besar, berenang di laut, atau hanya bersantai di pantai menikmati keindahan pantai Pulau Perhentian ini.

Perbezaan bagi pakej bajet dengan pakej "fullboard" adalah dari segi aturan makanan.  Pakej bajet tidak termasuk apa-apa aturan makanan atau hanya termasuk sarapan pagi.  Manakala pakej "fullboard" merangkumi semua aturan makanan selama percutian anda termasuk sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan makan malam BBQ untuk malam terakhir. 

Bagi anda yang mempunyai masa yang terhad dan tinggal berhampiran dengan kawasan Kuala Besut, Terengganu, anda juga berpeluang untuk menikmati keindahan Pulau Perhentian ini dengan menyertai pakej Day Trip Pulau Perhentian kami yang termasuk tiket bot pergi & balik ke Pulau Perhentian Kecil & 1x Snorkeling disekitar Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar dari 10.30pagi sehingga 5petang.  


Setiap pakej mempunyai harga yang berbeza kerana perbezaan seperti yang telah dihuraikan seperti diatas.  Anda boleh rujuk pakej-pakej terbaru kami sempena tahun 2016 ini atau boleh hubungi wakil kami untuk maklumat yang lebih lanjut melalui Whatsapp. Sila whatsapp: NAMA, TARIKH dan BERAPA ORANG ke +6019 977 8222 (Dyana) atau +6016 900 1228 (Enshahdi) atau email ke hi@perhentiankecilservices.com